Khamis, 18 Mei 2017

Perasmian PRK Darussyifa' Sarawak Cawangan Semariang

Perasmian PRK Darussyifa’ Sarawak Cawangan Semariang

Alhamdulillah..majlis perasmian Pusat Rawatan Kecil (PRK) Darussyifa Sarawak Cawangan Semariang telah berlangsung dengan jayanya pada 13.05.2017 yang dihadiri oleh semua ahli Darussyifa’ yang berada di sekitar Kuching. Aturcara majlis dimulai dengan solat maghrib secara berjemaah dan seterusnya diikuti dengan solat hajat.

Pengisian program diteruskan dengan bacaan yasin, bacaan ruqyah asas dan zikir beramai-ramai serta bacaan doa yang dipimpin oleh Pengarah Darussyifa’ Sarawak, Ustaz Awang Arippin. Hadirin menunaikan solat Isyak secara berjemaah.

Aturcara diteruskan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Darussyifa’ Sarawak bagi menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya kepada penyumbang premis yang bermurah hati mewakafkan premisnya untuk keggunaan aktiviti Darussyifa’ sekaligus dapat memperkembangkan pergerakan persatuan dan menambah kemudahan dalam menyumbang bakti kepada masyarakat yang memerlukan kidmat rawatan Islam khususnya di bumi Sarawak.

Pengarah juga berkesempatan menyampaikan amanat dari Penasihat Darussyifa’ Sarawak, Ustaz Akram Zaki agar semua ahli terus istiqamah dengan Darussyifa’ seiring dengan hasrat Pengasasnya Almarhum Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din agar perjuangan Darussyifa’ terus berkembang dan subur.  

Tidak lupa juga ucapan syabas dan terima kasih kepada Jawatankuasa Pengurusan PRK Cawangan Semariang yang telah berjaya mengerakkan pasukan dalam mengurus kelengkapan dan persediaan premis dengan sempurna demi memastikan ia dapat digunakan dengan baik kepada pesakit yang datang meminta rawatan.

Terima kasih tak terhingga juga kepada semua yang telah menginfakkan apa jua bentuk sumbangan demi memastikan PRK Semariang dapat beroperasi dengan selesa dan kondusif.

Sebagai tanda penghargaan majlis juga telah memberi ruang kepada penyumbang premis iaitu Tn.Hj. Malik untuk menyampaikan sepatah dua kata atas maksud niat dan hasrat beliau menyumbang premis kepada Darussyifa’.

Majlis diakhiri dengan acara simbolik penyerahan wakaf dari tuan premis kepada Darussyifa’ yang diwakili oleh Pengarah Darussyifa’ Sarawak. 


 






















 
 
 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan