Rabu, 11 Mei 2011

Lawatan ke Bangi


Perhatian kepada semua pelajar Darussyifa' Cawangan Sarawak Ambilan ke-3.

Pihak Darussyifa' Cawangan Sarawak akan mengadakan lawatan sambil belajar di Darussyifa' Pusat Bangi pada 30 & 31 Mei 2011.

Sesiapa yang berminat boleh menempah tiket kapal terbang sendiri bermula sekarang.

Mohon dinyatakan
1- Nama pelajar/ahli
2- Penerbangan MAS/Airasia/Firefly
3- Tarikh penerbangan
4- Masa ketibaan di lapangan terbang
5- Suami/Isteri (ahli/pelajar sahaja)
kepada Tn. Hj. Sahidi (0198877628)/ Ustaz Sany (0198292984) sebelum 21/5/2011 untuk memudahkan urusan pengangkutan & tempahan hotel ketika berada di Bangi nanti. Penginapan disediakan oleh Pihak Darussyifa' Pusat.

Aturcara:

30/5/2011(Isnin)
7.00 pagi - 5.00 petang (perjalanan ke Bangi)
6.00 petang (Solat Berjamaah bersama Tuan Guru Dr. Haron Din)
- Majlis Zikir
- Solat Isya'
- Kuliah

31/5/2011 (Selasa)
5.00 pagi (Solat Subuh berjemaah bersama Tn. Guru)
6.30 pagi (Praktikum bersama Tn Guru)
12.30 t/hari (makan tengah hari)
8.00 malam - 12.00 t/malam (Praktikum Bersama Ustaz Mokhtar Kasan)

1/5/2011 (Rabu)
Aktiviti Bebas
Pulang ke Destinasi Masing-Masing

Semua peserta lelaki dikehendaki membawa jubah putih/baju putih lengan panjang, kupiah putih dan tag nama (ahli) semasa berada di darussyifa' Bangi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan